penyakit kawasaki juga dikenali sebagai
sindrom nod lymph,
penyakit nod mucocutaneous,
infantile polyarteritis dan
sindrom Kawasaki, adalah
vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (
membran) pernafasan,
nod lymph, dinding
salur darah, dan
jantung.
Ia tidak kelihatannya berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur
darah di seluruh badan.
Ini diikuti oleh petanda yang berikut:
demam; ruam; pembengkakan tangan dan kaki; kerengsaan dan kemerahan
mata;
kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong;
dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher.
Kesan awal penyakit
Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes,
kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin
timbul.
Ia mula digambarkan pada tahun
1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di
Jepun.
Faktor dan risiko penyakit Kawasaki
Setakat ini, kejadian tertinggi bagi penyakit Kawasaki berlaku di
Jepun (175 setiap 100,000), sungguhpun terdapat peningkatan kes di
Amerika Syarikat.
Hampir kesemua kes penyakit Kawasaki melibatkan kanak-kanak, dengan 80%
pesakit berusia bawah 5 tahun. Kekerapan kaum lelaki memperolehi
penyakit ini adalan dua kali ganda kaum perempuan, walaupun penyebabnya
masih belum diketahui.
Sekitar 2,000-4,000 kes dikenal pasti di
Amerika Syarikat setiap tahun.
Di Amerika Syarikat, penyakit ini telah dilaporkan di kalangan semua
golongan suku dan bangsa tetapi berlaku paling kerap di kalangan
kanak-kanak berlatar belakang Asia-Amerika. Penyakit Kawasaki bukanlah
sejenis penyakit yang jarang dan bilangan tepat kes yang berlaku di
Amerika Syarikat masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, adalah
dianggarkan bahawa penyakit ini menyerang 10 di dalam setiap 100,000
kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penyakit ini boleh berlaku di dalam
kelompok atau cetusan setempat – biasanya pada musim sejuk dan musim
bunga.
Punca
Punca penyebab penyakit Kawasaki masih belum dapat dikenalpasti, tetapi teori semasa memusat kepada punca
sistem imunisasi sebagai punca penyakit. Semakin banyak bukti menujukkan kepada
etiologi berjangkit, tetapi perdebatan berterusan samaada puncanya disebabkan oleh bahan
antigen biasa atau
superantigen.
[5]
Menurut laman maklumat Hospital Kanak-kanak Boston / sekolah Perubatan
Harvard berkenaan penyakit, "Sesetengah kajian menunjukkan kaitan antara
berlakunya kaitan antara penyakit Kawasaki dan pendedahan baru kepada
pencucian permaidani atau tempat tinggal berhampiran
air bertakung; bagaimanapun, punca dan kesan belum dapat dikaitkan."
Kaitan telah dikenal pasti dengan
SNP dalam
gen ITPKC, yang mengkod
enzim yang
kawalan negetif pengaktifan Sel-T.
Faktor tambahan yang mencadangkan kecenderungan gen adalah faktator di
mana mereka berada, kanak-kanak Jepun lebih cenderung berbanding
kanak-kanak lain untuk mengidap penyakit tersebut. serotaip
HLA-B51 didapati berkait dengan keadaan
endemik penyakit ini.
p/s: awasi anak anda,pelihara dan hindari penyakit..
KESIHATAN AMALAN SEMUA
sumber dari:Wikipedia dan sumber-sumber lain.