Saturday, December 29, 2012

senarai handphone rebat rm200

ha,jeng,jeng,jeng.... pada sesiape diluar sana yang berumur 21 thn ke atas mesti tak sabar dengan rebat rm200 yg bakal kite dapat dari kerajaan kan??
ha korang tau tak yang dengan rebat tu kite boleh la beli handphone 3g pintar dengan murah.. tapi,tau tak yg kite boleh beli dari senarai yang dah tersedia je,that means yang bukan kita boleh suke2 je handphone yg kite nak tu...ngehe!

ha kat sini aku share kan kat semua list handphone yang boleh dibeli mngunakan rebat rm200 itu::





mai,mai 2 sengget,dua sengget! hHAHHAHHA...

see u then,adios!

Friday, December 28, 2012

penyakit esperger masalah sosialisasi teruk

penyakit esperger...?

ialah satu syndrom  yang boleh dikesan olah ibu bapa terhadap anak mereka. asperger ini biasanya dapat dikesan pada umur kanak-kanaksekitar 3tahun. namun, kadangkala kesibukan ibu bapa membuatkan mereka terlepas pandang dan tanpa kita sedari ada yang tidak tahu bahawa diri nya adalah orang dewasa yang menghidapi sindrom ini.

penyakit asperger di temui oleh seorang ahli pediatrik  yang bernama Hans Asperger dari Vienna pada tahun 1944. beliau mengesan satu set corak tingkahlaku terhadap pesakit-pesakitnya terutama lelaki. beliau juga mengesan bahawa walaupun secara kasarnya pesakit lelaki itu dilihat sebagai seorang lelaki yang mempunyai tahap intelek normal serta berkembang secara lisan dengan baik namun peskit pesakit ini mempunyai kemahiran sosial yang baleh dibezakan dengan orang normal lainnya.,mereka tidak berupaya mengembangkan kemahiran sosial dan tidak berkomunikasi secra efektif.

ASPERGER SYNDROM di kategorikan dengan mengenalpasti ciri-ciri tersebut::

*lemah dalam aspek berkomunikasi dan sosial.
*mempunyai pola ucapan yang ganjil
*perangai/tingkahlaku pelik
*minat hanya pada satu ( contoh: hanya berminat dengan bola dan hanya bermain dengan bola sahaja)
*ekpresi pada muka yang kurang/sedikit
*tidak faham bahasa tubuh yang di tunjukkan oleh orang sekeliling/orang lain.
*tidak suka cahaya,bunyi yang kuat
*tindak bals sensori yang sangat sensitif(tetapi sukar dikesan oleh ibu bapa/orang lain)
*dan juga hanya sukakan pakaian yang diperbuat dari material yang sama sahaja.

namun, penghidap sindrom ini boleh melalui hidup seperti biasa dan boleh dibantu hingga pulih.
jika penyakit ini tidak dirawat,pengidapnya akan mengalami masalah sosial ketika dewasa, tidak mudah bergaul dengan orang sekeliling dan dilihat seperti seorang yang ganjil dangan hidup dalam dunia nya sendiri.

 kesannya adalah sangat buruk dimana penghidap mungkin susah untuk mnyesuaikan diri dengan persekitaran yang memerlukan kerja berpasukan seperti didalam pejabat dan membuatkan orang lain sukar memahami perasaan dan emosi penghidap sindrom ini.


bersambung pada post akan datang..
 -akan menerangkan lebih lanjut tentang penyakit ini
dan kajian terhadap diri saya yang mungkin akan merungkai adakah saya penghidap sindrom ini..?



SUMBER:WIKIPEDIA,
                 MALAYSIA HARI INI (MHI)
                 WEBSITE2 LAIN.






Wednesday, December 19, 2012

PENYAKIT KAWASAKI

penyakit kawasaki juga dikenali sebagai sindrom nod lymph, penyakit nod mucocutaneous, infantile polyarteritis dan sindrom Kawasaki, adalah vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dinding salur darah, dan jantung.
 Ia tidak kelihatannya berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan.
 Ini diikuti oleh petanda yang berikut: demam; ruam; pembengkakan tangan dan kaki; kerengsaan dan kemerahan mata; kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong; dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher.
 Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul.
 Ia mula digambarkan pada tahun 1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di Jepun.

    








Faktor dan risiko penyakit Kawasaki

Setakat ini, kejadian tertinggi bagi penyakit Kawasaki berlaku di Jepun (175 setiap 100,000), sungguhpun terdapat peningkatan kes di Amerika Syarikat. Hampir kesemua kes penyakit Kawasaki melibatkan kanak-kanak, dengan 80% pesakit berusia bawah 5 tahun. Kekerapan kaum lelaki memperolehi penyakit ini adalan dua kali ganda kaum perempuan, walaupun penyebabnya masih belum diketahui.
Sekitar 2,000-4,000 kes dikenal pasti di Amerika Syarikat setiap tahun. Di Amerika Syarikat, penyakit ini telah dilaporkan di kalangan semua golongan suku dan bangsa tetapi berlaku paling kerap di kalangan kanak-kanak berlatar belakang Asia-Amerika. Penyakit Kawasaki bukanlah sejenis penyakit yang jarang dan bilangan tepat kes yang berlaku di Amerika Syarikat masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, adalah dianggarkan bahawa penyakit ini menyerang 10 di dalam setiap 100,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penyakit ini boleh berlaku di dalam kelompok atau cetusan setempat – biasanya pada musim sejuk dan musim bunga.


Punca

Punca penyebab penyakit Kawasaki masih belum dapat dikenalpasti, tetapi teori semasa memusat kepada punca sistem imunisasi sebagai punca penyakit. Semakin banyak bukti menujukkan kepada etiologi berjangkit, tetapi perdebatan berterusan samaada puncanya disebabkan oleh bahan antigen biasa atau superantigen.[5] Menurut laman maklumat Hospital Kanak-kanak Boston / sekolah Perubatan Harvard berkenaan penyakit, "Sesetengah kajian menunjukkan kaitan antara berlakunya kaitan antara penyakit Kawasaki dan pendedahan baru kepada pencucian permaidani atau tempat tinggal berhampiran air bertakung; bagaimanapun, punca dan kesan belum dapat dikaitkan."
Kaitan telah dikenal pasti dengan SNP dalam gen ITPKC, yang mengkod enzim yang kawalan negetif pengaktifan Sel-T. Faktor tambahan yang mencadangkan kecenderungan gen adalah faktator di mana mereka berada, kanak-kanak Jepun lebih cenderung berbanding kanak-kanak lain untuk mengidap penyakit tersebut. serotaip HLA-B51 didapati berkait dengan keadaan endemik penyakit ini.


p/s: awasi anak anda,pelihara dan hindari penyakit..
      KESIHATAN AMALAN SEMUA

sumber dari:Wikipedia dan sumber-sumber lain.