Ia tidak kelihatannya berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan.
Ini diikuti oleh petanda yang berikut: demam; ruam; pembengkakan tangan dan kaki; kerengsaan dan kemerahan mata; kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong; dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher.
Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul.
Ia mula digambarkan pada tahun 1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di Jepun.
Faktor dan risiko penyakit Kawasaki
Setakat ini, kejadian tertinggi bagi penyakit Kawasaki berlaku di Jepun (175 setiap 100,000), sungguhpun terdapat peningkatan kes di Amerika Syarikat. Hampir kesemua kes penyakit Kawasaki melibatkan kanak-kanak, dengan 80% pesakit berusia bawah 5 tahun. Kekerapan kaum lelaki memperolehi penyakit ini adalan dua kali ganda kaum perempuan, walaupun penyebabnya masih belum diketahui.
Sekitar 2,000-4,000 kes dikenal pasti di Amerika Syarikat setiap tahun. Di Amerika Syarikat, penyakit ini telah dilaporkan di kalangan semua golongan suku dan bangsa tetapi berlaku paling kerap di kalangan kanak-kanak berlatar belakang Asia-Amerika. Penyakit Kawasaki bukanlah sejenis penyakit yang jarang dan bilangan tepat kes yang berlaku di Amerika Syarikat masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, adalah dianggarkan bahawa penyakit ini menyerang 10 di dalam setiap 100,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penyakit ini boleh berlaku di dalam kelompok atau cetusan setempat – biasanya pada musim sejuk dan musim bunga.
Punca
Punca penyebab penyakit Kawasaki masih belum dapat dikenalpasti, tetapi teori semasa memusat kepada punca sistem imunisasi sebagai punca penyakit. Semakin banyak bukti menujukkan kepada etiologi berjangkit, tetapi perdebatan berterusan samaada puncanya disebabkan oleh bahan antigen biasa atau superantigen.[5] Menurut laman maklumat Hospital Kanak-kanak Boston / sekolah Perubatan Harvard berkenaan penyakit, "Sesetengah kajian menunjukkan kaitan antara berlakunya kaitan antara penyakit Kawasaki dan pendedahan baru kepada pencucian permaidani atau tempat tinggal berhampiran air bertakung; bagaimanapun, punca dan kesan belum dapat dikaitkan."Kaitan telah dikenal pasti dengan SNP dalam gen ITPKC, yang mengkod enzim yang kawalan negetif pengaktifan Sel-T. Faktor tambahan yang mencadangkan kecenderungan gen adalah faktator di mana mereka berada, kanak-kanak Jepun lebih cenderung berbanding kanak-kanak lain untuk mengidap penyakit tersebut. serotaip HLA-B51 didapati berkait dengan keadaan endemik penyakit ini.
p/s: awasi anak anda,pelihara dan hindari penyakit..
KESIHATAN AMALAN SEMUA
sumber dari:Wikipedia dan sumber-sumber lain.
No comments:
Post a Comment