Friday, December 28, 2012

penyakit esperger masalah sosialisasi teruk

penyakit esperger...?

ialah satu syndrom  yang boleh dikesan olah ibu bapa terhadap anak mereka. asperger ini biasanya dapat dikesan pada umur kanak-kanaksekitar 3tahun. namun, kadangkala kesibukan ibu bapa membuatkan mereka terlepas pandang dan tanpa kita sedari ada yang tidak tahu bahawa diri nya adalah orang dewasa yang menghidapi sindrom ini.

penyakit asperger di temui oleh seorang ahli pediatrik  yang bernama Hans Asperger dari Vienna pada tahun 1944. beliau mengesan satu set corak tingkahlaku terhadap pesakit-pesakitnya terutama lelaki. beliau juga mengesan bahawa walaupun secara kasarnya pesakit lelaki itu dilihat sebagai seorang lelaki yang mempunyai tahap intelek normal serta berkembang secara lisan dengan baik namun peskit pesakit ini mempunyai kemahiran sosial yang baleh dibezakan dengan orang normal lainnya.,mereka tidak berupaya mengembangkan kemahiran sosial dan tidak berkomunikasi secra efektif.

ASPERGER SYNDROM di kategorikan dengan mengenalpasti ciri-ciri tersebut::

*lemah dalam aspek berkomunikasi dan sosial.
*mempunyai pola ucapan yang ganjil
*perangai/tingkahlaku pelik
*minat hanya pada satu ( contoh: hanya berminat dengan bola dan hanya bermain dengan bola sahaja)
*ekpresi pada muka yang kurang/sedikit
*tidak faham bahasa tubuh yang di tunjukkan oleh orang sekeliling/orang lain.
*tidak suka cahaya,bunyi yang kuat
*tindak bals sensori yang sangat sensitif(tetapi sukar dikesan oleh ibu bapa/orang lain)
*dan juga hanya sukakan pakaian yang diperbuat dari material yang sama sahaja.

namun, penghidap sindrom ini boleh melalui hidup seperti biasa dan boleh dibantu hingga pulih.
jika penyakit ini tidak dirawat,pengidapnya akan mengalami masalah sosial ketika dewasa, tidak mudah bergaul dengan orang sekeliling dan dilihat seperti seorang yang ganjil dangan hidup dalam dunia nya sendiri.

 kesannya adalah sangat buruk dimana penghidap mungkin susah untuk mnyesuaikan diri dengan persekitaran yang memerlukan kerja berpasukan seperti didalam pejabat dan membuatkan orang lain sukar memahami perasaan dan emosi penghidap sindrom ini.


bersambung pada post akan datang..
 -akan menerangkan lebih lanjut tentang penyakit ini
dan kajian terhadap diri saya yang mungkin akan merungkai adakah saya penghidap sindrom ini..?



SUMBER:WIKIPEDIA,
                 MALAYSIA HARI INI (MHI)
                 WEBSITE2 LAIN.






No comments:

Post a Comment